Tuesday, April 14, 2009

~Thanks All~



Dikesempatan ini aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiahkan Adam macam-macam barang, baju dan sebagainya. Mungkin ada yang tidak tertulis disini aku minta maaf yer.

Kepada Kak K, thanks for the cuties shoe. Memang Adam suke...



Kak Jess, terima kasih banyak-banyak bagi baju nie kat Adam, sekarang musim sejuk tak sesuai lagi pakai, nanti musim kemarau bole le pakai. Kat kampung ke, sana panas.


Terima kasih ya semua...Adam pasti suke walaupun dia tak pandai cakap dia senyum tu tanda suka la tu hehhee....



Monday, April 13, 2009

~My Little Precious~



Tanggal 18 Disember 2008 jam 7.26pagi, lahirlah seorang pewaris sulung Ahmad Nazri dan Nurul Ain yang diberi nama Muhammad Adam Alif seberat 3.43kg. Proses kelahiran Adam bagi aku tidak sesukar mana, cuma rasa kesakitan yang ibuku alami semasa melahirkan aku 26 tahun yang lalu telah aku alaminya sendiri. Inilah satu pengorbanan bagi seorang wanita.

Saat-saat menantikan kelahiran pertama

Aku dijangkakan melahirkan bayi yang aku kandung ini adalah 14 Disember 2008, tetapi telah over-due selama 4 hari. Sebenarnya aku plan hendak bersalin di Hospital Putrajaya sebenarnya, tetapi plan telah diubah. Pada 28 Nov 2008 aku di masukkan wad Hospital Putrajaya kerana heart beat baby kurang 10kali dalam 12jam, aku stay wad semalaman aje, tangahari sabtu dah bole kuar dah. Minggu ke 38 usia kandungan, mama ngan adik aku ada datang putrajaya untuk menemani aku jikalau aku akan bersalin pada minggu itu, tapi masih juga tidak bersalin.

Aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung, so last plan bersalin je kat kampung. Cuti dah tak ada sebenarnya so aku ambil kesemua balance cuti yang aku ada (3 hari je) klu tak bersalin jugak sambung mc je la hehhee... 4 Dis 2008 aku check up di Klinik Kesihatan Putrajaya, lepas check up aku, mama, adik dengan husband bergerak pulang ke kampung. Sakit pinggang jugak sebenarnya jalan jauh nie, dala hati ni risau jugak manalah tahu jadi apa-apa kat kandungan aku nie, kot-kot bersalin dalam perjalanan tu haru dibuatnya.

Alhamdulillah dalam perjalanan tak ada apa-apa berlaku, aku pun rasa sihat je, cuma sakit pinggang je la.. Jam 8.00 malam, tiba di Kota Bharu, husband aku terus bawak pi Klinik Bersalin Alternatif An-Nur, nak buat check up lagi skali la, mana tahu ada apa-apa kekurangan pada kandungan nie, maklumlah benda kat dalam tak nampak...So doctor buat la scan, so dalam tgh scan tu, doctor bagitahu, anak yang aku kandung nie lelaki, terang-terang nampak "anunya" hehehe...Masa check up kat Klinik Kesihatan Putrajaya masa usia kandungan 5 bulan doctor dah bagitahu lelaki, tapi aku tak nampak, masa tu kecil lagi so mcm tak sure sangat la, dan orang cakap scan nie tak leh percaya sangat. Pastu scan 8 bulan tak nampak pulak, tapi yang scan kali nie baru percaya kerana terang-terang nampak "XY" hehehe... Apa lagi suka bukan kepalang la bakal bapa tu...memang dia nak sangat anak lelaki.


Tunggu punya tunggu hari silih berganti, tak jugak bersalin, sempat la sambut Raya Haji emm, kakak ipar aku dah bersalin dah 1 Dis 08 lepas, anak perempuan, aku yang duduk menunggu nie rasa takut pulak, maklumlah 1st time nak bersalin tak tahu rasakan. So sempat ambil mc selama 4 hari la dari hari yang aku cuti tu.

So, pagi 17hb Dis 08 jam 6.30 pagi, aku dah turun tanda, tapi tak sakit pun lagi. Laki aku yang baru 2 hari balik Putrajaya terpaksa balik kampung semula untuk menyambut putera sulungnya ini. Aku di temani mama, adik perempuan aku dan adik lelaki aku ke Hospital Universiti Kubang Kerian (HUSM), doctor check baru 1cm buka. Aku memang kena tahan wad la sebab satu dah overdue, keduanya aku turun air dulu pagi tu. Aku pun tak tahu macam mana, so aku ikut saja prosedur yang doctor aturkan, arahkan masuk wad aku masuk, tapi doctor ada bagitahu kalau aku tak bersalin juga until 24hour, aku akan kena induce, masuk ubat, orang kata sakit paksa-paksa nie, aku kalau boleh tak nak la... biar lah proses tu normal huhuuu...

Petang tu jam 6.30 p.m suami ku tiba dari Putrajaya, kesian tengok muka penat dia., tapi penuh teruja. Aku masih tidak merasakan apa-apa kesakitan yang kuat, cuma sakit main-main je yang sekejap-sekejap tu. Mama dengan adik bongsu ku dan husband ku tidor di hospital malam tu, sebab aku rasa dalam 24 hour aku akan bersalin la. Malam tu aku dah start sakit yang aku tahu pukul 11p.m nurse check jalan aku dah buka 3cm, so dia suruh rehat di wad saja, pagi besok baru turun labour room. Malam tu aku menahan kesakitan seorang diri di katil wad, kakak-kakak yang lain kat wad tu semua lena diulit mimpi. Ya Allah baru aku tahu begini sakitnya hendak bersalin.

Semalaman aku tidak dapat tidor kerana menahan kesakitan. Jam 5.30 a.m aku gagahi kaki ku ini memohon nurse check lagi, alhamdulillah dah 6cm, aku dibenarkan turun labour room. Bayangkan dari (11pm - 5.30am = 6jam setengah) aku menahan sakit sendirian, kalau orang lain mesti dah minta epidural hehee... 6 a.m aku di labour room bersama suami ku. Doctor cakap dah buka full baru doctor akan jalankan proses bersalin. Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya... Pukul 7.10 a.m bukaan dah full, dalam lebih kurang 15minit proses push (tak ingat dah sume teknik yang dibaca) tepat jam 7.26 a.m lahirlah seorang bayi lelaki yang comel.

Kira cepat jugak la proses kelahiran yang disambut oleh doctor pelatih wanita dan di saksikan sendiri oleh suami ku. Dia cakap menitis air mata dia setelah selamat semua. Alhamdulillah aku masih bertenaga walaupun semalaman tidak tidor kerana menahan kesakitan. Ini mungkin disebabkan aku telah mengamalkan memakan telor ayam kampung mentah-mentah sebelum aku dimasukkan ke wad.

Sekian.

Picture Muhammad Adam Alif


4 jam lepas lahir



Adam Berusia 2 hari



Adam Berusia 7 hari